Wednesday, July 29, 2020

Keyakinan aku masih teguh, aku masih yakin yang aku mampu teruskan”

Aku dah biasa ditolak.. tapi bukan bermakna aku kalah aku akan tetap terus pertahankan walau mcam mana pun.. sbb aku percaya Allah itu maha adil. Aku percaya tu. aku cuma perlu kuat dan teguh.. meskipun ramai yang tegah dan membantah itu tak akan menghalang aku .Biar aku dihina sekalipun kerana kekurangan aku, tapi jgn aku hina dimata Tuhan ku.

Hari berlalu aku masih ada seribu pertanyaan untuk dia. Di mana perginya kata-kata dia dan keyakinan yang Allah makbulkan doa dia dan akhirnya bertemu aku. (Kalau aku tidak silap itulah katanya)
“Aku tidak akan lupa segala kasih sayang yang pernah aku merasainya walaupun sekejap, aku melepaskan kau atas keredhaan Tuhan ku dan yakin pada kehendak-Nya kau adalah milik Dia bukan aku. Dia buat begitu untuk menundukkan aku kembali”

Aku cuba untuk memaafkan dan masih cuba untuk memaafkan dia, tiap saat aku berdoa “Tuhan hilangkan perasaan hasad dengki, riak, takbur dan segala sifat yang kotor ini dan buanglah perasaan kasih sayang ini, hilangkanlah dalam diri aku ini. Tapi yang aku dapat rasa kasih sayang tu makin membuak-buak dalam diri ini.

Ada yang bertanya jika dia kembali apa jawapan ku, aku berkata aku tiada jawapan untuk itu, jawapan tu sama seperti dia berikan kepada aku. Kerana dia tinggalkan aku tanpa apa-apa khabar berita penantian itu satu penyeksaan. Jika dia tanya aku kenapa aku masih menanti jawapan aku, aku seorang yang setia dan yakin dengan apa yang aku rasa dari saat mula perkenalan sampai sekarang.. Jika aku beralih arah aku manusia yang paling gembira sekali. Tapi bukan itu kemahuan jiwa aku.. cukup hanya sekadar aku dapat rasa Nikmat daripada Tuhan itu dah mencukupi untuk aku rasa pengampun Dia pada ku..

 Cerita aku ni hanya seperti cerita yang dikisah kan oleh abuya hamka dalam tenggelamnya kapal van der wijck  , hahahaha tidak sangka ada pekara sebegini yang memang terjadi.

Kata-kata abuya hamka "Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya" - Hamka. 1938 (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Aku ingin menyangkal perkara tersebut dalam cerita tersebut nampak Zainudin sahaja yang dianiya.. Hayati? Tidak nampak kah mereka yang dia ditindas oleh mamak nya kerana wanita insan yang lemah terpaksa akur atas permintaan mamaknya. Terpaksa berkahwin dengan orang yang didunia sama tinggi darjatnya .
Cerita aku mungkin sama dgn Zainudin bezanya dia ada lah lelaki dan aku adalah wanita yang sepatutnya pihak disebelah sana yang harus membela aku kerana dia lebih kuat daripada aku..

Tuesday, May 5, 2020

" kerana perasaan jatuh cinta itu bukan hadir dengan sendiri ia hadir kerana melihat kesungguhan seseorang itu "
Kasih sayang itu perlu dipupuk jadi benarlah kata si tua. Ego itu kadang-kadang boleh menjauhkan, menghancurkan, kenapa perlu ada rasa iri hati, sakit, Kenapa perlu pentingkan diri?. Aku boleh pergi bila aku mahu jika ia menyakitkan, bukan kah sepatutnya begitu?. Tapi aku masih berdiri kerana yakin, yakin dengan pilih aku jadi jika ada yang ingin menghalang aku tetap harus teguh. Tapi keyakinan tu sendiri menghancurkan diri aku.

Dan ianya berakhir dengan sendiri tanpa kemahuan diri..

2016..
Bukan tahun yang aku gemar, kalau putar kan masa mesti aku abiskan saat-saat indah itu. Aku rindukan ketenangan.. Kehadiranmu Tuhan, keyakinan aku hilang pada tahun itu. Aku tidak sangka begitu besar impaknya kepada ku, hancur rasanya diri ini tak bernyawa.

2020...
Ia seperti mengulang kenangan pada tahun 2016. Yang hadir cuma kesedihan melampau, apa yang Dia cuba sampaikan Dia mampu memberi dan Dia mampu mengambilnya semula. Silap aku bila sudah yakin yang perasaan tu akan teguh tapi malang tak berbau nasib masih tak menyebelahi diri ini.

kerana terlalu alpa maruah tergadai kerana terlalu seronok akan keasyikan dunia yang seakan berupa seperti wanita tua kau menjadi lalai”

Setiap kesedihan yang datang itu mereka kata “ Tuhan Sayang pada mereka” ujian utk diri mereka , malah mereka kata Kesedihan itu adalah anugerah supaya engkau dapat bangkit kembali ke siratul mustaqim. Bila jatuh kau harus bangun semula kecewa didunia ini pasti. Kekecewaan itu yang mengajarkan kau erti keyakinan supaya harus sentiasa teguh. Jika sekali jatuh utk kali kedua engkau tak akan bisa merasakan sakit yang mendalam. Tuhan itu adil Maha Adil.


Written by,
Cinta Lestari

Tuesday, February 11, 2020

“Life is so hard when people around you start to ignore you “
Its been a tough week i lost my faith , ni bukan pekara biasa yang aku alami sukar untuk aku tafsirkan . He always tell me kalau ada masalah come and share with me saya sentiasa ada.  Yes , dia mmg sentiasa ada even bila aku perlu bercakap dengan seseorang. Dia tak pernah berubah sikit pun tak pernah. Dia sama je masa mula-mula aku kenal dia smpai sekarang layanan dia dgn aku pun sama takpernah berubah. Tapi aku bukan jenis nak luahkan kepada seseorang.

Aku cuma rasa bersyukur yang dia masih ada, walaupun perasaan tu dah lama pergi saat aku rasa kecewa dgn dia. Pengalaman mematangkan kita? Betul ke? Aku ni ada sifat yang terburu-buru. Dia ketawa bila aku cakap aku bukan terbaik untuk dia. Dia bagus sebenarnya dia ada matlamat dia tersendiri. Tiap kali aku terfikir mana pergi perasaan yang begitu kuat dulu padanya.. Aku sendiri buntu. Aku tak ada jawapan untuk persoalan aku maybe Tuhan makbulkan doa aku.

“ Hati terlalu tawar sampaikan perasaan yang ditanam dengan padat penuh kasih sayang mampu menghilangkan perasaan yang sudah lama lalu dibenam hingga kelubuk”

Klau dia tunjukkan kesungguhan dia, yang dia masih perlukan aku mungkin aku akan kembali. Aku pun pernah buat silap dan aku sedar ini yang terbaik untuk kami meskipun saat terakhir tu aku masih ada perasaan padanya malah aku menagis saat aku lihat dia bererdar. Itu kali yang terakhir aku melihat dia.

Kehilangan.. dah menjadi sebahagian dalam kehidupanku. Aku kena bersedia tak kira waktu, apa yang kita ada bukan selamanya jadi milik kita. Saat aku perlukan seseorang dia tiada, itu yang membuat aku kecewa. Tuhan kabulkan doa aku untuk hilangkan perasaan yang sedia ada yang kuat. Rasa keseorangan tu sering ada. Aku tiada teman untuk meluahkan rasa ni. Paling tepat aku tidak suka bila diri aku diletakkan ditempat kedua sedangkan aku sentiasa diajar berdiri ditempat Pertama.

"sesuatu yang bukan milik kita tak sentiasa kekal ia bakal binasa, yang kekal abadi itu hanyalah bila dia berkehendak"


 Written by
Cinta Lestari

Monday, August 26, 2019

Sunyi

 “Segalanya pasti berubah tiada yang tetap , semua manusia yang hadir dalam hidup kau pasti bertukar-tukar tiada yang tetap , tiada yang memahami melainkan dia mempunyai jiwa dan rasa yang sama seperti kau.”

Hari berlalu seperti biasa tapi rasa sunyi , sunyi yang sampai kau sendiri rasa seperti orang disekeliling kau tidak pedulikan kau yang paling rapat pun tidak endahkan kau. Rasa sendirian tu lebih perit daripada kawan kau menipu kau . Ini apa yang aku rasa sedangkan orang yang terlalu rapat dengan kau pun tak perasaan diri kau makin jadi pendiam . Aku mula rasa aku tak perlu luahkan apa-apa kesedihan aku pada manusia lain sebab mereka akan penat mendengar atau muak ataupun bosan dengan cerita ku . Aku mula memendam...


“Kerana tiada yang memahamai lalu aku meluahkan pada yang maha  Mengasihani aku merintih padaNya supaya aku menjadi kuat untuk hadapi hari-hari seterusnya. Sejujur-jujurnya aku teramat rapuh ya Tuhan..”
Aku sunyi..
Sunyi yang teramat sangat... tiada tempat untuk aku mengadu , tiada tmpt untuk aku meluahkan . Aku letih. Aku penat dengan kehidupan aku , aku hilang semangat . Kalau aku bagitahu dengan orang sekeliling aku pun tak membantu . Mereka bukan lagi membantu aku atau menenangkan aku . Malah menyakiti aku lagi dan menyatakan apa yang kita rasa tu adalah semua nya salah..

Diri ini cuba mencari kekuatan , kekuatan yang pernah ada sewaktu ketika dulu. Aku perlu kan semangat untuk jalani hari-hari yang bakal mendatang


Written by
Cinta Lestari

Monday, July 8, 2019

KEHILANGAN 2

"I feel like i lost everything i don't have anything"
Aku betul-betul dah tak mampu menahan rasa sedih setelah aku kehilangan ayahanda ku yang amat ku cintai dan kasihi . Aku dibelengu kesedihan , semua pekara yang aku nak lakukan semunya tak menjadi . Dulu aku cuma pandai berkata-kata pada seorang shabat "biasalah semua manusia akan pergi satu hari nnti" sbb dia baru kehilangan ayahnya aku silap kat situ sebab aku tak memahami keadaannya.. setelah aku alaminya baru aku faham perasaan kesedihannya kehilangan tempat bergantung pemberi semangat..

"sejak dari itu hidup aku penuh dengan kesedihan, kesedihan yang aku takdapat nak kongsikan meskipun ramai yang cuba menghampiri sebab rasa itu tidak sama"

Sejak dari itu air mataku kerap mengalir.. mengalir sampai aku tidak tahu bagaimana nak hentikan sebab aku mula rasa Tuhan itu tidak adil .  Hampir tiap malam aku menangis aku tidak lagi punya kekuatan seperti dahulu , ya ! diri aku yang kuat yang happy telah pergi mengikuti ayahandaku . Ya mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku sampai tahap macam ni . Kerana ibubapa kita sahaja yang mempunyai kerpcayan yang kuat pada kita yang menyokong apa yang kita laku kan dan mereka sahaja yang mampu membetulkan kita dan memahami kita.

Melihat pada luaran belum tentu boleh nampak luka apa yang tertanam dalam diri ni , cuba berdiri kembali mencari semangat baru tapi entah mampu atau pun tidak . Ya ! Silap aku disitu aku meletak kan semangat ku pada makhluk ciptaanNya . Tuhan andai diri ini diberi pilihan sekali lagi cukuplah aku memilih hanya keluarga ku yang tercinta.
“Keluarga itu ibarat nyawa dan tubuh tidak boleh ditukar ganti kerana darah yang sama juga yang mengalir dalam diri”
Written By
Cinta Lestari

Monday, June 10, 2019

KEHILANGAN


 "TIAP YANG DATANG PASTI AKAN KEMBALI"
Itu ungkapan yang aku sering dengar dahulunya daripada ayahanda ku...
aku tiada lagi tempat bergantung , tiada lagi seorang lelaki yang melindungi aku seperti mana dia menjaga aku . Aku berdoa tiap hari agar Tuhan menghantarkan seseorang yang mampu membimbing aku. Seseorang yang mampu meneguhkan diri aku yang makin rapuh bukan lagi mendorong aku kepada arah yang tak sepatutnya.


"Sentiasa lakukan kebaikan , percaya serta yakin lah pada Tuhan mu yang memberikan rezeki kepada kamu sekalian alam"

Tanggal 21 December 2016 , pergi nya seorang wira untuk diri aku. Sepenjang membesarkan kami 8beradik tidak pernah sekali pun dia kulihat mengeluh mencari rezeki untuk membesarkan kami. Walaupun bab pelajaran dia tidak pernah memaksa kami untuk mencapai keputusan yang cemerlang sedikit pun tidak memarahi kami sebab dia tahu anak-anaknya sudah cukup cemrlang baginya.

Pagi tanggal 21 tu aku sedang nyenyak tidur dikejutkan oleh abang ku, dia cuma berkata "kakak tengok baba tu" aku pada mulanya membangkang sebab menganggu tidur ku sebab kepenatan bekerja tapi aku bergegas juga bagun dan berlari kehadapan , sehingga saat ini aku masih teringat pandangan yang terus kepada ku. Ya , abah sedang melihat  ku tepat kedalam mata ku tanpa  suara ia seperti ucapan selamat tinggal untuk kali terakhir dan kata-kata yang selalu dia ucap "jaga diri kakak baik-baik"
" Pada masa itu yang aku cuma boleh lakukan adalah berdoa , berdoa agar nyawa nya jangan ditarik lagi kerana aku belum bersedia"
 wirtten by ,
Cinta Lestari

Saturday, May 13, 2017

Love Vs Waiting 2

Bismillah..
Assalamualaikum...

Aku teringat segala-gala kata-katanya dari mula awal perkenalan, sehinggalah hancur remuk hati ini pun aku masih ingat.. masih segar dalam minda berharap semua tu akan  vanish  sekelip mata....

Cinta itu hadir dalam diam,
Cinta itu hadir dalam kata-kata,
Cinta itu hadir dalam sentuhan,
tapi sedarkah kita bahawa CINTA itu tinggi nilainya kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit??


"Kadang-kadang kau ni macam biskut , kejap ada kejap tak ada . Apa sebenarnya yang kau mahukan ?? Aku memberi tapi kau seperti acuh tak acuh.. Alasannya sebab kau takut bakal kecewakan aku sekali lagi.. dan kau sendiri tak yakin dengan diri kau sendiri.. erghhhh...."


Barangkali kau tak pernah pun rasa apa yang aku rasa.. Aku teringat kata-kata ayah.. susah orang nak sayangkan kita, kalau dah dapat tu jagalah , hargai dia jangan hancurkan perasaan tu kerana ego..

Tapikan macam mana kalau cuma sebelah pihak sahaja yang mempunyai rasa kasih sayang tapi yang sebelah lagi takrasa apa-apa?? dah tahu macam tu janganlah biarkan dia tunggu lama-lama.. beritahu dan putuskan itu lebih baik... 

Ambil keputusan untuk diamkan diri, tak mahu lagi kejar.. apa guna aku kejar lagi kalau tak ada reaction dari hati yang sana,, agak-agaknya mampu ke? mana satu yang akan bertahan cinta ke atau terus menunggu??..

“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” “Love is that condition in which the happiness of another person is essential to your own.” “You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again."

Ya! she loved before she may love again.. with  the same person and the same love she be waiting for all this time ... ni salah satu quotes yang aku suka .
Berharap dia akan text and akan cakap sorry atas segala silap saya selama ini ., dan untuk kali ini saya tak akan lepaskan awak... Cop-cop!! ini cuma angan-angan tak mungkin akan jadi kenyataan . Hahahhaaha...

Percayalah manusia yang pernah dikecewakan mereka ni akan jadi kuat dan terus bangkit untuk dapatkan sesuatu yang mereka mahukan.. Believe in Allah itu yang paling penting..

"aku ini seorang yang percaya pada Allah.. Percaya pada takdir yang bakal dia tentukan untuk aku sehingga aku menutup mata.."
Semoga tiap-tiap perjalanan mereka diluar sana tidak seperti manusia disini yang masih menunggu...





written by
Cinta Lestari