Monday, July 8, 2019

KEHILANGAN 2

"I feel like i lost everything i don't have anything"
Aku betul-betul dah tak mampu menahan rasa sedih setelah aku kehilangan ayahanda ku yang amat ku cintai dan kasihi . Aku dibelengu kesedihan , semua pekara yang aku nak lakukan semunya tak menjadi . Dulu aku cuma pandai berkata-kata pada seorang shabat "biasalah semua manusia akan pergi satu hari nnti" sbb dia baru kehilangan ayahnya aku silap kat situ sebab aku tak memahami keadaannya.. setelah aku alaminya baru aku faham perasaan kesedihannya kehilangan tempat bergantung pemberi semangat..

"sejak dari itu hidup aku penuh dengan kesedihan, kesedihan yang aku takdapat nak kongsikan meskipun ramai yang cuba menghampiri sebab rasa itu tidak sama"

Sejak dari itu air mataku kerap mengalir.. mengalir sampai aku tidak tahu bagaimana nak hentikan sebab aku mula rasa Tuhan itu tidak adil .  Hampir tiap malam aku menangis aku tidak lagi punya kekuatan seperti dahulu , ya ! diri aku yang kuat yang happy telah pergi mengikuti ayahandaku . Ya mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku sampai tahap macam ni . Kerana ibubapa kita sahaja yang mempunyai kerpcayan yang kuat pada kita yang menyokong apa yang kita laku kan dan mereka sahaja yang mampu membetulkan kita dan memahami kita.

Melihat pada luaran belum tentu boleh nampak luka apa yang tertanam dalam diri ni , cuba berdiri kembali mencari semangat baru tapi entah mampu atau pun tidak . Ya ! Silap aku disitu aku meletak kan semangat ku pada makhluk ciptaanNya . Tuhan andai diri ini diberi pilihan sekali lagi cukuplah aku memilih hanya keluarga ku yang tercinta.
“Keluarga itu ibarat nyawa dan tubuh tidak boleh ditukar ganti kerana darah yang sama juga yang mengalir dalam diri”
Written By
Cinta Lestari

No comments:

Post a Comment