Tuesday, May 5, 2020

" kerana perasaan jatuh cinta itu bukan hadir dengan sendiri ia hadir kerana melihat kesungguhan seseorang itu "
Kasih sayang itu perlu dipupuk jadi benarlah kata si tua. Ego itu kadang-kadang boleh menjauhkan, menghancurkan, kenapa perlu ada rasa iri hati, sakit, Kenapa perlu pentingkan diri?. Aku boleh pergi bila aku mahu jika ia menyakitkan, bukan kah sepatutnya begitu?. Tapi aku masih berdiri kerana yakin, yakin dengan pilih aku jadi jika ada yang ingin menghalang aku tetap harus teguh. Tapi keyakinan tu sendiri menghancurkan diri aku.

Dan ianya berakhir dengan sendiri tanpa kemahuan diri..

2016..
Bukan tahun yang aku gemar, kalau putar kan masa mesti aku abiskan saat-saat indah itu. Aku rindukan ketenangan.. Kehadiranmu Tuhan, keyakinan aku hilang pada tahun itu. Aku tidak sangka begitu besar impaknya kepada ku, hancur rasanya diri ini tak bernyawa.

2020...
Ia seperti mengulang kenangan pada tahun 2016. Yang hadir cuma kesedihan melampau, apa yang Dia cuba sampaikan Dia mampu memberi dan Dia mampu mengambilnya semula. Silap aku bila sudah yakin yang perasaan tu akan teguh tapi malang tak berbau nasib masih tak menyebelahi diri ini.

kerana terlalu alpa maruah tergadai kerana terlalu seronok akan keasyikan dunia yang seakan berupa seperti wanita tua kau menjadi lalai”

Setiap kesedihan yang datang itu mereka kata “ Tuhan Sayang pada mereka” ujian utk diri mereka , malah mereka kata Kesedihan itu adalah anugerah supaya engkau dapat bangkit kembali ke siratul mustaqim. Bila jatuh kau harus bangun semula kecewa didunia ini pasti. Kekecewaan itu yang mengajarkan kau erti keyakinan supaya harus sentiasa teguh. Jika sekali jatuh utk kali kedua engkau tak akan bisa merasakan sakit yang mendalam. Tuhan itu adil Maha Adil.


Written by,
Cinta Lestari

No comments:

Post a Comment