Wednesday, July 29, 2020

Keyakinan aku masih teguh, aku masih yakin yang aku mampu teruskan”

Aku dah biasa ditolak.. tapi bukan bermakna aku kalah aku akan tetap terus pertahankan walau mcam mana pun.. sbb aku percaya Allah itu maha adil. Aku percaya tu. aku cuma perlu kuat dan teguh.. meskipun ramai yang tegah dan membantah itu tak akan menghalang aku .Biar aku dihina sekalipun kerana kekurangan aku, tapi jgn aku hina dimata Tuhan ku.

Hari berlalu aku masih ada seribu pertanyaan untuk dia. Di mana perginya kata-kata dia dan keyakinan yang Allah makbulkan doa dia dan akhirnya bertemu aku. (Kalau aku tidak silap itulah katanya)
“Aku tidak akan lupa segala kasih sayang yang pernah aku merasainya walaupun sekejap, aku melepaskan kau atas keredhaan Tuhan ku dan yakin pada kehendak-Nya kau adalah milik Dia bukan aku. Dia buat begitu untuk menundukkan aku kembali”

Aku cuba untuk memaafkan dan masih cuba untuk memaafkan dia, tiap saat aku berdoa “Tuhan hilangkan perasaan hasad dengki, riak, takbur dan segala sifat yang kotor ini dan buanglah perasaan kasih sayang ini, hilangkanlah dalam diri aku ini. Tapi yang aku dapat rasa kasih sayang tu makin membuak-buak dalam diri ini.

Ada yang bertanya jika dia kembali apa jawapan ku, aku berkata aku tiada jawapan untuk itu, jawapan tu sama seperti dia berikan kepada aku. Kerana dia tinggalkan aku tanpa apa-apa khabar berita penantian itu satu penyeksaan. Jika dia tanya aku kenapa aku masih menanti jawapan aku, aku seorang yang setia dan yakin dengan apa yang aku rasa dari saat mula perkenalan sampai sekarang.. Jika aku beralih arah aku manusia yang paling gembira sekali. Tapi bukan itu kemahuan jiwa aku.. cukup hanya sekadar aku dapat rasa Nikmat daripada Tuhan itu dah mencukupi untuk aku rasa pengampun Dia pada ku..

 Cerita aku ni hanya seperti cerita yang dikisah kan oleh abuya hamka dalam tenggelamnya kapal van der wijck  , hahahaha tidak sangka ada pekara sebegini yang memang terjadi.

Kata-kata abuya hamka "Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya" - Hamka. 1938 (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Aku ingin menyangkal perkara tersebut dalam cerita tersebut nampak Zainudin sahaja yang dianiya.. Hayati? Tidak nampak kah mereka yang dia ditindas oleh mamak nya kerana wanita insan yang lemah terpaksa akur atas permintaan mamaknya. Terpaksa berkahwin dengan orang yang didunia sama tinggi darjatnya .
Cerita aku mungkin sama dgn Zainudin bezanya dia ada lah lelaki dan aku adalah wanita yang sepatutnya pihak disebelah sana yang harus membela aku kerana dia lebih kuat daripada aku..

Tuesday, May 5, 2020

" kerana perasaan jatuh cinta itu bukan hadir dengan sendiri ia hadir kerana melihat kesungguhan seseorang itu "
Kasih sayang itu perlu dipupuk jadi benarlah kata si tua. Ego itu kadang-kadang boleh menjauhkan, menghancurkan, kenapa perlu ada rasa iri hati, sakit, Kenapa perlu pentingkan diri?. Aku boleh pergi bila aku mahu jika ia menyakitkan, bukan kah sepatutnya begitu?. Tapi aku masih berdiri kerana yakin, yakin dengan pilih aku jadi jika ada yang ingin menghalang aku tetap harus teguh. Tapi keyakinan tu sendiri menghancurkan diri aku.

Dan ianya berakhir dengan sendiri tanpa kemahuan diri..

2016..
Bukan tahun yang aku gemar, kalau putar kan masa mesti aku abiskan saat-saat indah itu. Aku rindukan ketenangan.. Kehadiranmu Tuhan, keyakinan aku hilang pada tahun itu. Aku tidak sangka begitu besar impaknya kepada ku, hancur rasanya diri ini tak bernyawa.

2020...
Ia seperti mengulang kenangan pada tahun 2016. Yang hadir cuma kesedihan melampau, apa yang Dia cuba sampaikan Dia mampu memberi dan Dia mampu mengambilnya semula. Silap aku bila sudah yakin yang perasaan tu akan teguh tapi malang tak berbau nasib masih tak menyebelahi diri ini.

kerana terlalu alpa maruah tergadai kerana terlalu seronok akan keasyikan dunia yang seakan berupa seperti wanita tua kau menjadi lalai”

Setiap kesedihan yang datang itu mereka kata “ Tuhan Sayang pada mereka” ujian utk diri mereka , malah mereka kata Kesedihan itu adalah anugerah supaya engkau dapat bangkit kembali ke siratul mustaqim. Bila jatuh kau harus bangun semula kecewa didunia ini pasti. Kekecewaan itu yang mengajarkan kau erti keyakinan supaya harus sentiasa teguh. Jika sekali jatuh utk kali kedua engkau tak akan bisa merasakan sakit yang mendalam. Tuhan itu adil Maha Adil.


Written by,
Cinta Lestari

Tuesday, February 11, 2020

“Life is so hard when people around you start to ignore you “
Its been a tough week i lost my faith , ni bukan pekara biasa yang aku alami sukar untuk aku tafsirkan . He always tell me kalau ada masalah come and share with me saya sentiasa ada.  Yes , dia mmg sentiasa ada even bila aku perlu bercakap dengan seseorang. Dia tak pernah berubah sikit pun tak pernah. Dia sama je masa mula-mula aku kenal dia smpai sekarang layanan dia dgn aku pun sama takpernah berubah. Tapi aku bukan jenis nak luahkan kepada seseorang.

Aku cuma rasa bersyukur yang dia masih ada, walaupun perasaan tu dah lama pergi saat aku rasa kecewa dgn dia. Pengalaman mematangkan kita? Betul ke? Aku ni ada sifat yang terburu-buru. Dia ketawa bila aku cakap aku bukan terbaik untuk dia. Dia bagus sebenarnya dia ada matlamat dia tersendiri. Tiap kali aku terfikir mana pergi perasaan yang begitu kuat dulu padanya.. Aku sendiri buntu. Aku tak ada jawapan untuk persoalan aku maybe Tuhan makbulkan doa aku.

“ Hati terlalu tawar sampaikan perasaan yang ditanam dengan padat penuh kasih sayang mampu menghilangkan perasaan yang sudah lama lalu dibenam hingga kelubuk”

Klau dia tunjukkan kesungguhan dia, yang dia masih perlukan aku mungkin aku akan kembali. Aku pun pernah buat silap dan aku sedar ini yang terbaik untuk kami meskipun saat terakhir tu aku masih ada perasaan padanya malah aku menagis saat aku lihat dia bererdar. Itu kali yang terakhir aku melihat dia.

Kehilangan.. dah menjadi sebahagian dalam kehidupanku. Aku kena bersedia tak kira waktu, apa yang kita ada bukan selamanya jadi milik kita. Saat aku perlukan seseorang dia tiada, itu yang membuat aku kecewa. Tuhan kabulkan doa aku untuk hilangkan perasaan yang sedia ada yang kuat. Rasa keseorangan tu sering ada. Aku tiada teman untuk meluahkan rasa ni. Paling tepat aku tidak suka bila diri aku diletakkan ditempat kedua sedangkan aku sentiasa diajar berdiri ditempat Pertama.

"sesuatu yang bukan milik kita tak sentiasa kekal ia bakal binasa, yang kekal abadi itu hanyalah bila dia berkehendak"


 Written by
Cinta Lestari