Monday, August 26, 2019

Sunyi

 “Segalanya pasti berubah tiada yang tetap , semua manusia yang hadir dalam hidup kau pasti bertukar-tukar tiada yang tetap , tiada yang memahami melainkan dia mempunyai jiwa dan rasa yang sama seperti kau.”

Hari berlalu seperti biasa tapi rasa sunyi , sunyi yang sampai kau sendiri rasa seperti orang disekeliling kau tidak pedulikan kau yang paling rapat pun tidak endahkan kau. Rasa sendirian tu lebih perit daripada kawan kau menipu kau . Ini apa yang aku rasa sedangkan orang yang terlalu rapat dengan kau pun tak perasaan diri kau makin jadi pendiam . Aku mula rasa aku tak perlu luahkan apa-apa kesedihan aku pada manusia lain sebab mereka akan penat mendengar atau muak ataupun bosan dengan cerita ku . Aku mula memendam...


“Kerana tiada yang memahamai lalu aku meluahkan pada yang maha  Mengasihani aku merintih padaNya supaya aku menjadi kuat untuk hadapi hari-hari seterusnya. Sejujur-jujurnya aku teramat rapuh ya Tuhan..”
Aku sunyi..
Sunyi yang teramat sangat... tiada tempat untuk aku mengadu , tiada tmpt untuk aku meluahkan . Aku letih. Aku penat dengan kehidupan aku , aku hilang semangat . Kalau aku bagitahu dengan orang sekeliling aku pun tak membantu . Mereka bukan lagi membantu aku atau menenangkan aku . Malah menyakiti aku lagi dan menyatakan apa yang kita rasa tu adalah semua nya salah..

Diri ini cuba mencari kekuatan , kekuatan yang pernah ada sewaktu ketika dulu. Aku perlu kan semangat untuk jalani hari-hari yang bakal mendatang


Written by
Cinta Lestari

Monday, July 8, 2019

KEHILANGAN 2

"I feel like i lost everything i don't have anything"
Aku betul-betul dah tak mampu menahan rasa sedih setelah aku kehilangan ayahanda ku yang amat ku cintai dan kasihi . Aku dibelengu kesedihan , semua pekara yang aku nak lakukan semunya tak menjadi . Dulu aku cuma pandai berkata-kata pada seorang shabat "biasalah semua manusia akan pergi satu hari nnti" sbb dia baru kehilangan ayahnya aku silap kat situ sebab aku tak memahami keadaannya.. setelah aku alaminya baru aku faham perasaan kesedihannya kehilangan tempat bergantung pemberi semangat..

"sejak dari itu hidup aku penuh dengan kesedihan, kesedihan yang aku takdapat nak kongsikan meskipun ramai yang cuba menghampiri sebab rasa itu tidak sama"

Sejak dari itu air mataku kerap mengalir.. mengalir sampai aku tidak tahu bagaimana nak hentikan sebab aku mula rasa Tuhan itu tidak adil .  Hampir tiap malam aku menangis aku tidak lagi punya kekuatan seperti dahulu , ya ! diri aku yang kuat yang happy telah pergi mengikuti ayahandaku . Ya mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku sampai tahap macam ni . Kerana ibubapa kita sahaja yang mempunyai kerpcayan yang kuat pada kita yang menyokong apa yang kita laku kan dan mereka sahaja yang mampu membetulkan kita dan memahami kita.

Melihat pada luaran belum tentu boleh nampak luka apa yang tertanam dalam diri ni , cuba berdiri kembali mencari semangat baru tapi entah mampu atau pun tidak . Ya ! Silap aku disitu aku meletak kan semangat ku pada makhluk ciptaanNya . Tuhan andai diri ini diberi pilihan sekali lagi cukuplah aku memilih hanya keluarga ku yang tercinta.
“Keluarga itu ibarat nyawa dan tubuh tidak boleh ditukar ganti kerana darah yang sama juga yang mengalir dalam diri”
Written By
Cinta Lestari

Monday, June 10, 2019

KEHILANGAN


 "TIAP YANG DATANG PASTI AKAN KEMBALI"
Itu ungkapan yang aku sering dengar dahulunya daripada ayahanda ku...
aku tiada lagi tempat bergantung , tiada lagi seorang lelaki yang melindungi aku seperti mana dia menjaga aku . Aku berdoa tiap hari agar Tuhan menghantarkan seseorang yang mampu membimbing aku. Seseorang yang mampu meneguhkan diri aku yang makin rapuh bukan lagi mendorong aku kepada arah yang tak sepatutnya.


"Sentiasa lakukan kebaikan , percaya serta yakin lah pada Tuhan mu yang memberikan rezeki kepada kamu sekalian alam"

Tanggal 21 December 2016 , pergi nya seorang wira untuk diri aku. Sepenjang membesarkan kami 8beradik tidak pernah sekali pun dia kulihat mengeluh mencari rezeki untuk membesarkan kami. Walaupun bab pelajaran dia tidak pernah memaksa kami untuk mencapai keputusan yang cemerlang sedikit pun tidak memarahi kami sebab dia tahu anak-anaknya sudah cukup cemrlang baginya.

Pagi tanggal 21 tu aku sedang nyenyak tidur dikejutkan oleh abang ku, dia cuma berkata "kakak tengok baba tu" aku pada mulanya membangkang sebab menganggu tidur ku sebab kepenatan bekerja tapi aku bergegas juga bagun dan berlari kehadapan , sehingga saat ini aku masih teringat pandangan yang terus kepada ku. Ya , abah sedang melihat  ku tepat kedalam mata ku tanpa  suara ia seperti ucapan selamat tinggal untuk kali terakhir dan kata-kata yang selalu dia ucap "jaga diri kakak baik-baik"
" Pada masa itu yang aku cuma boleh lakukan adalah berdoa , berdoa agar nyawa nya jangan ditarik lagi kerana aku belum bersedia"
 wirtten by ,
Cinta Lestari