Wednesday, July 29, 2020

Keyakinan aku masih teguh, aku masih yakin yang aku mampu teruskan”

Aku dah biasa ditolak.. tapi bukan bermakna aku kalah aku akan tetap terus pertahankan walau mcam mana pun.. sbb aku percaya Allah itu maha adil. Aku percaya tu. aku cuma perlu kuat dan teguh.. meskipun ramai yang tegah dan membantah itu tak akan menghalang aku .Biar aku dihina sekalipun kerana kekurangan aku, tapi jgn aku hina dimata Tuhan ku.

Hari berlalu aku masih ada seribu pertanyaan untuk dia. Di mana perginya kata-kata dia dan keyakinan yang Allah makbulkan doa dia dan akhirnya bertemu aku. (Kalau aku tidak silap itulah katanya)
“Aku tidak akan lupa segala kasih sayang yang pernah aku merasainya walaupun sekejap, aku melepaskan kau atas keredhaan Tuhan ku dan yakin pada kehendak-Nya kau adalah milik Dia bukan aku. Dia buat begitu untuk menundukkan aku kembali”

Aku cuba untuk memaafkan dan masih cuba untuk memaafkan dia, tiap saat aku berdoa “Tuhan hilangkan perasaan hasad dengki, riak, takbur dan segala sifat yang kotor ini dan buanglah perasaan kasih sayang ini, hilangkanlah dalam diri aku ini. Tapi yang aku dapat rasa kasih sayang tu makin membuak-buak dalam diri ini.

Ada yang bertanya jika dia kembali apa jawapan ku, aku berkata aku tiada jawapan untuk itu, jawapan tu sama seperti dia berikan kepada aku. Kerana dia tinggalkan aku tanpa apa-apa khabar berita penantian itu satu penyeksaan. Jika dia tanya aku kenapa aku masih menanti jawapan aku, aku seorang yang setia dan yakin dengan apa yang aku rasa dari saat mula perkenalan sampai sekarang.. Jika aku beralih arah aku manusia yang paling gembira sekali. Tapi bukan itu kemahuan jiwa aku.. cukup hanya sekadar aku dapat rasa Nikmat daripada Tuhan itu dah mencukupi untuk aku rasa pengampun Dia pada ku..

 Cerita aku ni hanya seperti cerita yang dikisah kan oleh abuya hamka dalam tenggelamnya kapal van der wijck  , hahahaha tidak sangka ada pekara sebegini yang memang terjadi.

Kata-kata abuya hamka "Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya" - Hamka. 1938 (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)

Aku ingin menyangkal perkara tersebut dalam cerita tersebut nampak Zainudin sahaja yang dianiya.. Hayati? Tidak nampak kah mereka yang dia ditindas oleh mamak nya kerana wanita insan yang lemah terpaksa akur atas permintaan mamaknya. Terpaksa berkahwin dengan orang yang didunia sama tinggi darjatnya .
Cerita aku mungkin sama dgn Zainudin bezanya dia ada lah lelaki dan aku adalah wanita yang sepatutnya pihak disebelah sana yang harus membela aku kerana dia lebih kuat daripada aku..