Monday, August 26, 2019

Sunyi

 “Segalanya pasti berubah tiada yang tetap , semua manusia yang hadir dalam hidup kau pasti bertukar-tukar tiada yang tetap , tiada yang memahami melainkan dia mempunyai jiwa dan rasa yang sama seperti kau.”

Hari berlalu seperti biasa tapi rasa sunyi , sunyi yang sampai kau sendiri rasa seperti orang disekeliling kau tidak pedulikan kau yang paling rapat pun tidak endahkan kau. Rasa sendirian tu lebih perit daripada kawan kau menipu kau . Ini apa yang aku rasa sedangkan orang yang terlalu rapat dengan kau pun tak perasaan diri kau makin jadi pendiam . Aku mula rasa aku tak perlu luahkan apa-apa kesedihan aku pada manusia lain sebab mereka akan penat mendengar atau muak ataupun bosan dengan cerita ku . Aku mula memendam...


“Kerana tiada yang memahamai lalu aku meluahkan pada yang maha  Mengasihani aku merintih padaNya supaya aku menjadi kuat untuk hadapi hari-hari seterusnya. Sejujur-jujurnya aku teramat rapuh ya Tuhan..”
Aku sunyi..
Sunyi yang teramat sangat... tiada tempat untuk aku mengadu , tiada tmpt untuk aku meluahkan . Aku letih. Aku penat dengan kehidupan aku , aku hilang semangat . Kalau aku bagitahu dengan orang sekeliling aku pun tak membantu . Mereka bukan lagi membantu aku atau menenangkan aku . Malah menyakiti aku lagi dan menyatakan apa yang kita rasa tu adalah semua nya salah..

Diri ini cuba mencari kekuatan , kekuatan yang pernah ada sewaktu ketika dulu. Aku perlu kan semangat untuk jalani hari-hari yang bakal mendatang


Written by
Cinta Lestari